Tuesday, December 22, 2009

PENYEMBURAN BAJA KEDUA TAPAK PERCUBAAN DI KOTA MARUDU-DIARI XTPLANT BIOTECH SDN BHD

XTPLANT BIOTECH SDN BHD ialah syarikat unggul bumiputera yang mengeluarkan baja BIOTEK sawit, padi, getah dan sebagainya dalam bentuk cecair, mesra alam, telah menjalani proses analisis makmal MARDI dan telah diberi kepercayaan oleh pihak MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation) sebagai baja biotek yang berpotensi amat tinggi dalam menghasilkan pengeluaran tanaman yang subur, segar dan berkualiti dan untuk itu dianugerahkan GERAN untuk mempertingkatkan lagi keberkesanannya dengan penyelidikan dan pembangunan produk ini.

Diari 22 Diesember, 2009

Hari ini saya dan sdr Alwi, rakan seperjuangan dalam memperkasakan penanaman padi di Negeri Sabah, ke Kora Marudu untuk membuat lawatan penyeliaan keatas dua tapak percubaan yang sedang kami usahakan di Kota Marudu, desa aman permai ini. Lawatan kami kali ini merupakan lawatan yang ke empat dalam usaha kami kearah menapakkan penggunaan kaedah penanaman yang terbaik untuk meningkatkan hasil penanaman padi di negeri Sabah ini.

Lawatan pertama dahulu ialah untuk berjumpa dengan pengilang Wawawasan Maju Sdn Bhd (WM) merupakan pengilang yang terbesar di seluruh Sabah, agak saya. WM bersama sama dengan kira-kira 3 ribu pesawah di desa ini, sama sama mengusahakan penanaman dan pengeluaran padi. Seluas kira-kira 5 ribu ekar yang ditanam oleh pesawah ini dianggap sebagai rakan tani kepada WM. WM dan pesawah bersetuju untuk pihak XT Plant membuat tapak percubaannya di tapak tanah yang diusahakan oleh sdr Madumit dan Encik Pinsin.

Lawatan kedua, ialah untuk menyediakan tapak sawah dan penanaman secara menabur benih. Benih yang digunakan ialah padi yang dikenal sebagai Pandasan, satu benih tanam-tuai dalam jangka masa 85 hari sahaja berbanding dengan benih lain yang memakan lebih seratus hari. Penanaman bermula pada 23 Oktober 2009.

Lawatan kali ketiga ialah bagi maksud membuat penyemburan baja untuk pertama kalinya pada hari yang ke 15 setelah ditanam.

Besok tanggal 23 Disember, 2009 proses penyemburan baja kali keduanya akan dimulakan.

Tapak tanaman nampak kesemuanya sehat terutama sekali tapak Madumit, yang begitu nampak teratur sekali dengan batas yang telah dibersihkan dan laluan kecil antara tanaman untuk maksud penyenggaraan nampak bersih. Tidak ada tanda tanda virus dan serangga setakat ini. Siput gondang emas satu ekor pun tiada kelihatan lagi. Itu lah sukses kami dalam menangani masalah siput di kawasan ini.

Ada beberapa tompok tumbuhan rumput kelihatan ditapak yg berhampiran dengan saliran pengairan akan tetapi ini tidak membawa masalah kerana padi tengah naik sehat.

Tanggal 20 Januari, bermula sejarah baru, insyaAllah. Masa menuai akan tiba. Kami berdoa agar hasil yang tinggi. Madumit akan senyum dan petani lain akan bertanyakan apa disebalik senyuman itu. Tentunya teknologi XT PLANT BIOTECH puncanya.

Jumpa lagi masa menuai nanti.