Thursday, January 21, 2010

Implikasi Bencana Alam ke Atas Tanaman Padi di Kota Marudu

XTPLANT BIOTECH SDN BHD ialah syarikat unggul bumiputera yang mengeluarkan baja BIOTEK sawit, padi, getah dan sebagainya dalam bentuk cecair, mesra alam, telah menjalani proses analisis makmal MARDI dan telah diberi kepercayaan oleh pihak MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation) sebagai baja biotek yang berpotensi amat tinggi dalam menghasilkan pengeluaran tanaman yang subur, segar dan berkualiti dan untuk itu dianugerahkan GERAN untuk mempertingkatkan lagi keberkesanannya dengan penyelidikan dan pembangunan produk ini.

Diari 21 Januari, 2010

1. Banjir yang melanda beberapa tempat di negeri Sabah telah mengakibatkan kerosakan besar kepada tanaman padi. Tidak terkecuali Kota Marudu, salah satu jelapang padi di negeri ini telah juga dilanda banjir dan menenggelami sawah padi dan menukarnya seolah-olah lautan di daratan.

2. Padi yang hampir untuk dituai kini rebah. Hasil petani akan menurun dan pendapatan yang mengurang. Usaha selama lebih 3 bulan itu kini menjadi sia-sia. Beruntunglah petani yang masih mendapati tanah sawahnya tidak teruk dilanda banjir.

3. Encik Madumit, salah seorang petani yang telah ditemuduga mengeluh apabila ditanya kesan banjir keatas tanah sawah yang telah diusahakan beliau. Hampir 50% daripada 15 ekar tanaman beliau telah musnah dilanda banjir dan tiupan angina kencang. Jika jangkaan pendapatan untung bersih pada kadar RM2,000.00 seekar, bayangkan betapa peritnya kehilangan punca pendapatan itu.

4. Berlainan pula dengan Encik Pinsin yang berumur 59 tahun itu, kerana beliau bernasib baik oleh kerana sawah selua hamper 2 ekar itu terselamat dari kerosakan teruk. Hanya 10% padi yang ditanak beliau rebah dan rosak. Beliau berdoa agar hasil padi pada musim ini akan lebih baik daripada tahun lepas oleh kerana sebelim ini beliau hanya memperolehi 100 kilo padi dari tanah tersebut. Beliau berharap hasil kali ini akan mencecah 4 ton. Amat jauh perbezaannya. Ditanya kenapa beliau menjangka lonjakan besar hasil pada musim ini. Beliau mengatakan beliau menggunakan baja XTPlant Biotech.

5. Mr Yong, pemilik kilang padi di Kota Marudu, juga bersimpati kepada petani diatas bencana alam yang menimpa pesawah. Ini juga membawa kesan langsung kepada kilang beliau oleh kerana hasil musim ini amat berkurangan sekali.

6. Dalam pada itu, kelihatan jentuai sibuk menuai padi pada sekelompok padi yang terselamat daripada rebah akibat angina dan kederasan air yang mengalir, memecahkan ampangan system pengairan yang berhampiran. Kedua elemen inilah yang mengakibatkan padi rebah.

InsyaAllah bertemu lagi pada minggu hadapan apabila masa menuai sawah yang diusahakan oleh Madumit dan Pinsin. Salam mesra.


......daripada ini                                                     kepada ini......



No comments:

Post a Comment